Little London Girl
Ke mana hala tuju selepas pmr
Sabtu, 12 Oktober 2013 | 2:11 PTG | 319 Words




Assalamualaikum. Dan hai semua. Lama tak menulis dekat blog aku ni. Kesian blog dah macam sarang tikus. Maaflah cik blog aisyah terlalu busy dan internet memang mencari pasal !!!! fuhh geram dengan tenet ni. Cari gaduh aje tau
Tujuaan aku update blog  hari ni…aku nak luahkan perasaan L aku nak pendapat blogger blogger lain jugak. Aku ada masalah weiiiiii. Tolong aku
Dari malam semalam aku fikir masalah aku ni. Bagi aku, tak la besar mana masalah aku. Tapi benda ni melibatkan masa depan aku, apa yang aku akan jadi bila besar nanti. Ke mana aku lepas ni ?
Bila aku taip satu persatu macamni aku rasa masalah aku ni makin besar pulak . haishhh seram edenn. That’s why pendapat orang lain tu penting
Sekarang, aku dah habis pmr ! so enjoy ! online puas2, makan puas2, lepak puas, bercinta&dating puas2… ehhh apa aku ni?? Dosa dosa . ingat allah aisyah
sekarang ni boleh la aku enjoy segala bagai. Tapi bila keluar result? Aku akan menangis atau enjoy2 macam sekarang?
lagi satu, aku nak ke sekolah mana ? stay situ atau pindah ? pindah ke sekolah smk biasa, sekolah agama lain, atau kolej vokasional ?

tu yang buat aku pening. Malam tadi parents tanya aku nak sekolah mana form4 nanti? Nahhhh kau terdiam terus aku. Aku tak tau nak bagi jawapan apa sebab aku sendiri pun tak faham apa yang aku nak.


Ayah suggest aku pindah ke smk…
ayah suruh aku ambil aliran sains. Pindah dari sekolah agama ke smk semata-mata nak ambil aliran sains. Ayah nak sangat aku ambik aliran sains ikut jejak langkah sepupu aku . kalau nak ambik aliran sains aku kenalah pindah sekolah sebab sekolah aku takde aliran sains, sekolah aku Cuma ada aliran akaun. Dear ayah… berbaloi kah? Honestly aku bukan pandai sains pun. Minat pun sikit2. Kalau aku tak boleh bawak macam mana ?
lagi satu aku selalu dengar sekolah tu macam teruk sikit. Almaklumlah sekolah menengah biasa je pun bukan macam sekolah aku, sekolah agama. Semua orang pun tau sekolah agama better than smk
apa yang aku dengar sekolah tu tiap2 hari ada masalah disiplin. Tu belum lagi perangai budak2nye… kawan sekolah rendah aku ramai yang ke situ dan sekarang? Nak tau ? ada yang mengandung ! nauzubillah
moga aku dilindungi daripada semua itu
kecut perut aku dengar cerita macamtu. Aku bukan nak burukkan sekolah tu tapi aku takut aku jadi macam !@#$%^&*


Ibu pulak suruh aku stay je sekolah agama situ
ibu suruh aku sambung form4 dekat situ. Ambik sma. Tau apa sma ? bagus tau. Sma tu peperiksaan bagi form4. Exam nya 100% dalam bahasa arab. Alaaa susahnya nak terangkan. Sma ni macam psra(exam besar sekolah petang darjah6) jugaklah. Cuma dalam bahasa arab aje. Antara subjek sma ; tauhid , feqah, hadis, tafsir, insya’, nahu, tarikh islam, al-quraan
tapi tu semua dalam bahasa arab. Kalau psra dalam bahasa melayu(jawi). Dan untuk exam sma&psra memang kena hafal satu buku lah. Kalau tak macam mana nak jawab. Soalan semua dalam subjektif tau !
nak taknak kena hafal lah tiap2 hari. Bab2 menghafal ni, memang aku tak berapa suka. Aku pemalas nak menghafal. Kebanyakan student sekolah aku, ramai yang pindah lepas pmr sebab taknak ambik sma. Sebab kami malas nak ambik exam besar masa form4. Bayangkanlah 3 tahun berturut2 ambik exam besar
J
sma ni sijil tau. Bukan macam pmr. Apa yang aku tau, sijil sma ni laku & senang nak dapat kerja kalau berkaitanlah. Tu untuk negeri Kelantan je kot. Kalau Selangor ni aku taktau lah. Kalau dah ada sijil sma boleh sambung stam lepas spm pulak. Dan sambung ke peringkat setrusnya sampai boleh pergi mesir lu tau ? impian kecik aku memang nak belajar sampai ke mesir
masalahnya sekarang ni aku malas nak menghafal dan aku bukan pandai bahasa arab pun. Aku taktau nak ambik sma atau tak. Sekolah aku tu kalau form4 wajib ambik sma


Makcik dan pakcik aku pulak nak masukkan aku kolej vokasional
kolej vokasional? Aku taktau pape pasal kolej vokasional ni. Yang aku tau kolej vokasional dah dinaik taraf kerajaan dari sekolah vokasional kepada kolej vokasional.
lepas 4 tahun dah dapat diploma. Ehh macam tak percaya je aku. Means keluar masa umur 19 lah kan? Terus dapat diploma ? bunyi macam menarik ? tapi ada spm tak ? macam mana sambung belajar ? plkn pulak macam mana ? aku nak sangat plkn tu. Belajar kat kolej vokasional tu macam mana ?
belajar apa je kat sana ? amboiiii aku ni bayak betul soalanya
act, aku dah apply boring kolej vokasional tu. Lepas je kaunselor explain sikit2 pasal kolej vokasional t uterus aku isi boring tu. Nak duduk asrama ni? Lagi seramm aku dibuatnya. Selama ni aku mana pernah nak duduk asrama. Bagi aku asrama ni macam terkongkong, membosankan, memenatkan dan kejam. Kalau ikutkan aku memang taknak asrama ni. Macam budak bedu. Tapi memandangkan tempat paling dekat dengan aku; sungai buluh, teluk intan, shah alam, kuala Selangor
woi tu jauhlaa . aku stay sekinchan je pun. Paling dekat pun kuala Selangor. Tapi tu sekolah menengah teknik
so memang kat asrama lah kan ? takkan nak ulang-alik tiap2 hari. Dari sekinchan nak ke sungai buluh ambik masa 1 jam 30 minit kot. Leper bontot guaa. Kesian kat blog aku nanti
L
kekawan aku pun ramai yang nak ke kolej vokasional

dan aku taktau aku nak ke mana sekarang ni. Masih lagi pening. Dalam buat keputusan ni aku serius. Tak boleh main2. Ni masa depan aku.pilih betul2 ikutkan hati. Jangan ikut kawan.  I don’t know


-Yang Lama- | -Yang Baru-







http://aisyahbudakblog.blogspot.com/