Little London Girl
persediaan menghadapi 2014
Ahad, 1 Disember 2013 | 6:28 PTG | 159 Words
assalamualaikum...

ya allah. lamanya tak sentuh blog ni. kalau tak silap, lepas PMR haritu yang latest aku updet. sekarang ni dah bulan 12, lama kot. alasanya malas. padahal hari hari aku sign in blogger cuma malas nak menaip entry. blogwalking lagilah, jahanam.

pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada blogger yang sudi ambik tempahan edit blog aku. design baru kata ko ! akak blogger tu memang berbakat

2014. tahun baru. umur aku 16. bila dah masuk 16 ni aku kena ubah diri aku. dari segi pemakaian, sikap dan solat. ye solat. solat tu yang paling utama. paling penting. aku berazam tahun depan aku akan mulakan hidup baru, hidup yang takkan miss solat lagi, yang takkan lambat solat lagi. aku nak solat full. lepastu aku nak rajin rajinkan diri membaca al-quraan. kalau tahun ni, kemain malas aku nak baca al-quraan, tapi tahun depan aku lah orang yang paling rajin baca al-quraan

next, aku nak belajar bersungguh sungguh. sepanjang form3 ni aku belajar pon main main je. homework tak siap, malas nak study, tuisyen pon selalu tak datang. tapi tahun depan aku takan jadi macamtu. setahun masa aku terbuang macamtu je. tahun ni dahla aku ambik PMR, aku syak aku failed.
tahun depan aku nak fokus study, nak belajar betul-betul. aku akan kurangkan bersosial. aku akan kurangkan bercinta....

aku nak belajar berdikari. aku nak belajar uruskan diri. aku kena belajar semua tu sebab aku bukan budak lagi, aku kena belajar jadi dewasa. aku kena bersedia kalau tetibe mak ayah aku dah takde. aku anak sulung. besar tanggungjawab. aku kena belajar masak. sekarang ni pon aku dah mula sikit sikit. anak dara mestila kena pandai masak kan ? baru la ada orang nak masuk meminang. kahkahkah !

and, aku nak menabung. selama ni aku tak pernah menabung. aku takde duit sendiri, aku cuma mengharapkan duit mak ayah aku aje. start now, aku nak belajar berjimat, kena belajar menabung. untuk masa depan aku jugak.
parent bagi aku sehari rm5 untuk belanja sekolah... aku belanja rm2 je sehari
lebihnya masuk tabung. kalau berterusan macamni, aku akan duit sendiri nanti. aku nak kumpul duit lepastu beli rumah. cash. serius. azam aku ni

banyak lagi aku nak cakap ni, tapi sekarang ni aku sibuk. ni pon guna laptop kawan aku. kbye. love you all

-Yang Lama- | -Yang Baru-







http://aisyahbudakblog.blogspot.com/